Monday, August 5, 2013

Salam Aidilfitri 2013





Assalamualaikum w.b.t...

Tahun ni aku akan meraikan lebaran aidilfitri di kampung kat Gemencheh, Negeri Sembilan. Esok aku dan family akan bertolak dari rumah. Semoga perjalanan yang kami akan tempuhi besok dipermudahkan olehNya. Ameen.

Persiapan raya tahun ni hanya dibuat bersederhana sahaja. Maklumlah nk balik kampung .. hehe... kat kampung nnti mesti meriah, dah lama tak beraya kat kampung, seingat aku lah last tahun aku beraya kat kampung masa form 2, hmmm.... besar jurang nya, time tu tahun 2008, skarang ni dah 2013...

Apabila jauh daripada sanak saudara ni membuatkan aku berasa kekok untuk bergaul dengan sepupu sepapat sndiri sebab kitorang jarang jumpa.. kalau mak saudara dan bapa saudara lain laa... kalau denagn sepupu ni lain sikit... lebih2 lagi kalau sepupu aku tu lelaki...nasib la dapat sepupu2 lelaki yang ramai, sebelah mama pun ramai, sebelah papa pun ramai...hurmmm...kebimbangan mula terasa... 'sigh'

Hope things going well when we get there!!!... ^_^


Wassalam,

Tuesday, December 20, 2011

Syukur Kepada Allah S.W.T atas Nikmat yang Diberi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari ni Dilah nak kongsi satu kisah. Di sekolah, adalah seorang junior Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), namanya (dirahsiakan). At first blush, Dilah tengok budak ni macam complete la hidup dia, masih ada ibu dan ayah, adik - beradik dan atuknya. Tetapi dari riak wajahnya, Dilah dapat lihat, ada sesuatu yang dipendam olehnya...sesuatu yang sukar untuk diluahkan, yang jauh tersimpan di dalam lubuk hatinya.

Di bilik Unit Bimbingan & Kaunseling lah bermula segala - galanya. Tempat di mana kami berkongsi kisah suka dan duka dalam hidup masing - masing, tempat meluahkan idea - idea yang bernas dalam sesuatu perbincangan dan tempat untuk kami merujuk kepada pakar kaunseling. Di tempat ini juga Dilah berkenalan budak ini.

Dia menceritakan kisah hidup dia.Dia cakap dia nak jadi seorang pilot. Dia tinggal dengan atuknya di Kelantan. Keluarganya tinggal di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan keluarganya orang yang berada. Setibanya musim cuti persekolahan, jika dia pulang ke Kuala Lumpur, dia hanya duduk di rumah sahaja. Dia menceritakan kepada Dilah dan rakan yang hatinya sedikit terasa dengan sikap ibu bapanya yang membawa adik - adiknya pergi melancong ke luar negara. Dia hanya dapat tahu mengenai itu selepas sebulan mereka pulang. Dilah dapat merasakan bagaimana sakitnya hati dia.

Ada juga beberapa kali, ketika Dilah dan rakan - rakan pulang lewat, dia pun ada sekali bersama kami. Kami bertanya kepadanya kenapa tidak pulang dan dia menyatakan bahawa berada di sekolah lebih seronok kerana kami ada untuk berbual dengannya. Bosan katanya duduk di rumah. Sampaikan dalam bulan Ramadhan baru ini, dia ada jugak mengajak senior PRS (lelaki) yang seangkatan dengan Dilah untuk menetap di sekolah selama beberapa hari untuk bersahur dan berbuka bersama - sama. Bahkan kami juga pernah bersama dengan dia mencuci mata melihat makanan di pasar malam. Ketika itu, Dilah dapat lihat keceriaan terpapar di sebalik raut wajahnya. Betapa gembiranya dia waktu itu.
Sekarang ini, dia masih lagi di Kuala Lumpur. Baru sahaja sebentar tadi kami berchatting di Facebook. Dia hendak pulang ke Kelantan tetapi tiada orang yang hendak menghantarnya ke KLIA sebab dia naik flight untuk balik. Ibu dan bapanya sibuk dengan meeting dan kursus. Kasihan dia, mudah - mudahan Allah S.W.T mempermudahkan urusannya pada esok hari, Amin.
Kesimpulannya, kita bertuah kerana kita tidak diberikan dugaan sebegitu kerana ibu bapa kita masih mengambil berat mengenai kita...Sesungguhnya Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu atas kurniaan dan kenikmatan yang Engkau berikan kepadaku dan keluargaku dan mempermudahkan urusan kami untuk meneruskan kehidupan kami di dunia ini sebagai persediaan di Hari Akhirat nanti...InsyaAllah...Amin...

     Lots of love,